Saturday, December 4, 2010

Hidup bukankah juga satu drama ?

Aku bukan seperti insan lain. Ayat tu klise sangat. Semua orang nak mengaku berbeza. Semua ada sikap berbeza. Ya, benar. Semua orang berbeza. Sedangkan rambut pun sudah tidak lagi sehitam sama, apatah lagi kalau kita hendak berbicara tentang sikap dan perangai orang. Aku pun sama. Berbeza. Mungkin sangat. Kadang tu, ada yang sukar fahami aku. Lantas mereka simpulkan kata,

aku ni sombong,
aku ni berlagak,
aku ni poyo,
aku ni macam handsome sangat,

apa lagi yang buruk. tu belum lagi dorang cakap yang melampau sakan. Tapi aku tak heran sangat kot. Yang penting aku ada apa yang mereka mereka tu tak ada, entah aku pun tak tahu apa benda tu. HAHA tapi kalau bukan kerana perasaan jelik yang datang dari hasad dengki, masakan kita akan berbicara kotor tentang orang.

opss, aku juga tak mampu lari dari resam dunia itu. aku sendiri digelar mulut gampang. apa je ayat yang kua dari mulut aku, kononnya semua pedas, membara, menyakitkan hati. tapi aku jujur. kalau aku tak suka, aku cakap. so, kalau mereka tak suka, mereka boleh cakap.

GIVE AND TAKE MORON!

Tapi kadang kadang aku risau, ade sekumpulan manusia yang aku ingin jadikan mereka sebagai teman. (teman itu bagi aku istilah yang lebih maksudnya dari kawan). Aku risau seandainya mereka juga merasa jelik dengan sikap aku, aku risau mereka juga berkata yang aku ni

aku ni sombong,
aku ni berlagak,
aku ni poyo,
aku ni macam handsome sangat,

Ya, aku risau. sangat risau. Aku ni sukar untuk diramal. kadang tu aku baik, gelak suka gembira, tapi dalam sesaat tetiba mood aku berubah jadi bosan marah dingin sikapnya. Itulah yang aku risaukan. Aku harap mereka yang aku jadikan teman, memahami aku, dan aku cuba memahami mereka.


Hidup kalau tak berdrama, bosankan? sedangkan sinetron perlukan plot yang baik, apatah lagi hidup kita.Ada heronya, heroinnya, musuhnya, , macam macam. cuma mungkin endingnya berbeza. Tak semua sama kan ?

*penat dah tangan menaip. bye. HAHA

1 comment:

  1. entri u best lahh! :)
    suka bace!
    follow u dah. jom jenguk blog kite :)

    ReplyDelete