Saturday, December 4, 2010

Hidup bukankah juga satu drama ?

Aku bukan seperti insan lain. Ayat tu klise sangat. Semua orang nak mengaku berbeza. Semua ada sikap berbeza. Ya, benar. Semua orang berbeza. Sedangkan rambut pun sudah tidak lagi sehitam sama, apatah lagi kalau kita hendak berbicara tentang sikap dan perangai orang. Aku pun sama. Berbeza. Mungkin sangat. Kadang tu, ada yang sukar fahami aku. Lantas mereka simpulkan kata,

aku ni sombong,
aku ni berlagak,
aku ni poyo,
aku ni macam handsome sangat,

apa lagi yang buruk. tu belum lagi dorang cakap yang melampau sakan. Tapi aku tak heran sangat kot. Yang penting aku ada apa yang mereka mereka tu tak ada, entah aku pun tak tahu apa benda tu. HAHA tapi kalau bukan kerana perasaan jelik yang datang dari hasad dengki, masakan kita akan berbicara kotor tentang orang.

opss, aku juga tak mampu lari dari resam dunia itu. aku sendiri digelar mulut gampang. apa je ayat yang kua dari mulut aku, kononnya semua pedas, membara, menyakitkan hati. tapi aku jujur. kalau aku tak suka, aku cakap. so, kalau mereka tak suka, mereka boleh cakap.

GIVE AND TAKE MORON!

Tapi kadang kadang aku risau, ade sekumpulan manusia yang aku ingin jadikan mereka sebagai teman. (teman itu bagi aku istilah yang lebih maksudnya dari kawan). Aku risau seandainya mereka juga merasa jelik dengan sikap aku, aku risau mereka juga berkata yang aku ni

aku ni sombong,
aku ni berlagak,
aku ni poyo,
aku ni macam handsome sangat,

Ya, aku risau. sangat risau. Aku ni sukar untuk diramal. kadang tu aku baik, gelak suka gembira, tapi dalam sesaat tetiba mood aku berubah jadi bosan marah dingin sikapnya. Itulah yang aku risaukan. Aku harap mereka yang aku jadikan teman, memahami aku, dan aku cuba memahami mereka.


Hidup kalau tak berdrama, bosankan? sedangkan sinetron perlukan plot yang baik, apatah lagi hidup kita.Ada heronya, heroinnya, musuhnya, , macam macam. cuma mungkin endingnya berbeza. Tak semua sama kan ?

*penat dah tangan menaip. bye. HAHA

Tuesday, November 9, 2010

Aku tak sesempurna mana.

Aku tidak sesempurna mana . Dan aku tak bisa menjadi yang sempurna dimata semua. Aku tak segagah mana. Adakala aku juga tersadung langkah. Rebah tak bisa bangkit sendiri. Aku tak bisa memenuhi kehendak semua. Yang itu harus ku gapai, yang ini harus ku capai. Aku tersepit antara dua, tapi tak siapa yang dengar jeritan itu. Kenapa payah benar untuk aku memuaskan hati kalian ? Kenapa aku yang tidak sempurna ini kalian harapkan untuk menggapai langit yang tinggi itu ? Aku tahu aku mampu, tapi istana itu tidak di bina dalam sehari, inikan pula kejayaan yang belum pasti.

Tolong,

Fahami aku apa adanya, terima aku apa adanya. Aku tidak sesempurna mana. Maaf, jika itu yang kau harapkan. Aku tak bisa penuhinya. Aku tahu siapa aku. Khilaf yang aku lakukan akan ku jadi pengajaran. Akan ku semat jadi bekalan agar langkah ku kelak tidak lagi tersadung rebah.

Maaf andai luahan ini menjelikkan kalian.

Wednesday, September 22, 2010

Don't worry honey

Bila aku ingin bercinta, aku selalu bertanya pada diriku.

Sempurnakah aku untuk dea.
apakah layak untuk aku berdampingan dengannya.
siapa aku untuknya.
apa adanya aku untuk dea.

siapa boleh jawab ?

aku terfikir kelak, andai ada yang lebih sempurna trylah kannn nak approach dea. macam mana ?

pehh! aku tak nak sakit sebab cinta.
sakitt woaaaah. aku dah rasa.
lebih empat puluh tujuh kali *ayat propa*

sangat sakit kott.

dari aku berjuang untuk sesuatu yang tak pasti, lebih baik aku berundur. bukan menyerah kalah, tapi kalau kita kena gantung kat syiling rumah, amacam rasa ? takutt kan.

so, jagalah hati kita sendiri. bye bye


Monday, September 20, 2010

Tahu tak ?

Tahu tak

Ini adalah blog ketiga saya. Blog pertama dan kedua dah terkubur. RIP
♥ Blog ni telah diubahsuai tepat jam 2:15am 21 September 2010
♥ Semua post sebelum ni aku dah delete. Menyemak ! HAHA


♥ Aku tak tahu motif aku letak ♥ sebagai thumbnail. Cam gila feminin sial!

♥ So, this is my 'new' blog. Takde dah blog lama. Semua baru. SEMUA ! HAHA


Kalau nak baca baca, tak nak suka hati. Aku tak sentap walau sebesar zarah besarnya. Okey !