Monday, February 14, 2011

Confession

Bukan mudah untuk kita mengagak apa yang berada di fikiran masing masing ,
apatah lagi untuk kita berteka teki tentang isi hati seorang manusia.

Kita lihat dia tersenyum manis, belum tentu hatinya juga tersenyum manis. Kita lihat dia bergelak tawa, belum tentu hatinya juga turut bergembira.

Sakit luka duka pedih hatinya juga, belum tentu dapat kita bayangkan.

Manusia mudah menabur kata, kononnya setia disisi ketika duka dan suka.
Berjanji bagai akan bersama ketika hujan dan terang ,

Namun,

Apabila diri ini tersesat dalam gelita, mereka berlari di haluan sendiri.
Mereka kabur dalam kabus ciptaan sendiri.

Bukan diri mahu menagih simpati, tapi meluahkan rasa hati.

terkilan. terluka.

Memikirkan tentang dia 25 jam sehari,
membayangkan tentang dia 8 hari seminggu ,

Tapi mungkin tidak separuh saat dia memikirkan tentang diri kita.

sakit sangat. tapi tak terluah.

Kalaupun terluah, mampukah diubati ?

Aku bukan mahu menyerah kalah, tapi aku sudah kalah sebelum masuk bertanding.
Pemenang sudah terpahat kemas di hatinya. Tiada ruang untuk aku.

Hembusan nafas terhenti , perlahan lahan aku tarik semula.
Semoga aku tidak lemah. tidak jatuh rebah kerana cinta.

Kerana ketika saat itu nanti, aku takut.

Tiada siapa yang sudi meminjam bahu untuk aku bersandar.

Merawat luka sendiri, lebih pedih dari dibunuh.

Wednesday, February 9, 2011

Bila hati mula resah.

Kalau bulan itu dua, akan ku jadikan salah satunya temanku.

Kalau bintang itu boleh dipetik , akan kujadikan salah satu peneman sunyiku.

Kalaulah awan itu boleh ku gapai , akan kujadikan tempat bermanjaku.


Tapi sayang , angan dan impian tak seindah realiti.

Kadang realiti itu yang membunuh angan dengan rakusnya.

Dan anganku kini terasa terumbang ambing, dek ombak yang semakin rakus memukul anganku.

Dan pabila anganku hancur , hatiku turut hancur.

Dan bila ia hancur , bulan juga tak mampu menjadi peneman laraku.

Bintang turut berduka , malap terangnya.

Dan awan berarak mendung , menutupi ruang cahaya dalam hatiku.

Gelita , tak siapa pun ada.


' Cinta itu susah kan nak cari'


Monday, January 31, 2011

Rasa

Cinta tak semestinya perlu bersama. Takde dalam kitab pun tertulis bahawasanya cinta mesti wajib harus bersatu selamanya. Ya, aku akui. Cinta datang dan pergi, tapi kalau ia datang, aku pohon biarlah bahagia yang menanti diriku, bukan derita yang menjerat perasaanku. Cinta itu ibarat sebuah permainan. Galang gantinya ? Perasaan dan hati jadi taruhan. Andai kau mampu mempertahankannya , maka bersuka rianglah hati dan perasaanmu , TAPI andai patah pohonan cintamu, maka bertemulah dengan derita perosak jiwa. Aku tahu kadang kadang kita akan terjerat dengan dunia cinta ciptaan kita. Ya, bertepuk sebelah tangan masakan akan berbunyi kan ? Aku tak tahu apa yang akan terjadi kelak, yang aku tahu . Aku bahagia kini. Ya, aku akui cinta ini bodoh bagiku, tapi aku mampu tersenyum. Kerna aku tahu,


Cinta tak semestinya bersama.

Cinta tak semestinya antara aku dan engkau.

Cinta tak semestinya perlu kata pengikat rasa.


Cukup sekadar , aku yang menyintamu :)

Saturday, January 22, 2011

Setiap huruf punya cerita.

Aku tak mampu untuk berterus terang kerna aku takut kejujuran mampu membunuh setiap keinginan. Aku tak mampu memandang tepat pada cinta kerna takut cinta mampu meragut setiap kebahagian dalam diri. Aku manusia biasa perlukan cinta , tapi adakah cinta memerlukan aku ?

Aku tak mampu. Ya, aku tak mampu.



Thursday, January 20, 2011

Gerak gempur dalam kehidupan

Memulakan sesuatu yang baru tidak semudah yang disangka. Kita perlu belajar bertatih mengenali ruang lingkup persekitaran kita yang kadang kala sukar untuk kita mencelah. Yang pasti dalam sekumpulan masyarakat pasti ade seekor dua yang akan menbenci kita. Yang menyukai ? Entah. Ada atau tidak, tidak pasti.

Sayonara :)

Saturday, December 4, 2010

Hidup bukankah juga satu drama ?

Aku bukan seperti insan lain. Ayat tu klise sangat. Semua orang nak mengaku berbeza. Semua ada sikap berbeza. Ya, benar. Semua orang berbeza. Sedangkan rambut pun sudah tidak lagi sehitam sama, apatah lagi kalau kita hendak berbicara tentang sikap dan perangai orang. Aku pun sama. Berbeza. Mungkin sangat. Kadang tu, ada yang sukar fahami aku. Lantas mereka simpulkan kata,

aku ni sombong,
aku ni berlagak,
aku ni poyo,
aku ni macam handsome sangat,

apa lagi yang buruk. tu belum lagi dorang cakap yang melampau sakan. Tapi aku tak heran sangat kot. Yang penting aku ada apa yang mereka mereka tu tak ada, entah aku pun tak tahu apa benda tu. HAHA tapi kalau bukan kerana perasaan jelik yang datang dari hasad dengki, masakan kita akan berbicara kotor tentang orang.

opss, aku juga tak mampu lari dari resam dunia itu. aku sendiri digelar mulut gampang. apa je ayat yang kua dari mulut aku, kononnya semua pedas, membara, menyakitkan hati. tapi aku jujur. kalau aku tak suka, aku cakap. so, kalau mereka tak suka, mereka boleh cakap.

GIVE AND TAKE MORON!

Tapi kadang kadang aku risau, ade sekumpulan manusia yang aku ingin jadikan mereka sebagai teman. (teman itu bagi aku istilah yang lebih maksudnya dari kawan). Aku risau seandainya mereka juga merasa jelik dengan sikap aku, aku risau mereka juga berkata yang aku ni

aku ni sombong,
aku ni berlagak,
aku ni poyo,
aku ni macam handsome sangat,

Ya, aku risau. sangat risau. Aku ni sukar untuk diramal. kadang tu aku baik, gelak suka gembira, tapi dalam sesaat tetiba mood aku berubah jadi bosan marah dingin sikapnya. Itulah yang aku risaukan. Aku harap mereka yang aku jadikan teman, memahami aku, dan aku cuba memahami mereka.


Hidup kalau tak berdrama, bosankan? sedangkan sinetron perlukan plot yang baik, apatah lagi hidup kita.Ada heronya, heroinnya, musuhnya, , macam macam. cuma mungkin endingnya berbeza. Tak semua sama kan ?

*penat dah tangan menaip. bye. HAHA

Tuesday, November 9, 2010

Aku tak sesempurna mana.

Aku tidak sesempurna mana . Dan aku tak bisa menjadi yang sempurna dimata semua. Aku tak segagah mana. Adakala aku juga tersadung langkah. Rebah tak bisa bangkit sendiri. Aku tak bisa memenuhi kehendak semua. Yang itu harus ku gapai, yang ini harus ku capai. Aku tersepit antara dua, tapi tak siapa yang dengar jeritan itu. Kenapa payah benar untuk aku memuaskan hati kalian ? Kenapa aku yang tidak sempurna ini kalian harapkan untuk menggapai langit yang tinggi itu ? Aku tahu aku mampu, tapi istana itu tidak di bina dalam sehari, inikan pula kejayaan yang belum pasti.

Tolong,

Fahami aku apa adanya, terima aku apa adanya. Aku tidak sesempurna mana. Maaf, jika itu yang kau harapkan. Aku tak bisa penuhinya. Aku tahu siapa aku. Khilaf yang aku lakukan akan ku jadi pengajaran. Akan ku semat jadi bekalan agar langkah ku kelak tidak lagi tersadung rebah.

Maaf andai luahan ini menjelikkan kalian.