Monday, February 14, 2011

Confession

Bukan mudah untuk kita mengagak apa yang berada di fikiran masing masing ,
apatah lagi untuk kita berteka teki tentang isi hati seorang manusia.

Kita lihat dia tersenyum manis, belum tentu hatinya juga tersenyum manis. Kita lihat dia bergelak tawa, belum tentu hatinya juga turut bergembira.

Sakit luka duka pedih hatinya juga, belum tentu dapat kita bayangkan.

Manusia mudah menabur kata, kononnya setia disisi ketika duka dan suka.
Berjanji bagai akan bersama ketika hujan dan terang ,

Namun,

Apabila diri ini tersesat dalam gelita, mereka berlari di haluan sendiri.
Mereka kabur dalam kabus ciptaan sendiri.

Bukan diri mahu menagih simpati, tapi meluahkan rasa hati.

terkilan. terluka.

Memikirkan tentang dia 25 jam sehari,
membayangkan tentang dia 8 hari seminggu ,

Tapi mungkin tidak separuh saat dia memikirkan tentang diri kita.

sakit sangat. tapi tak terluah.

Kalaupun terluah, mampukah diubati ?

Aku bukan mahu menyerah kalah, tapi aku sudah kalah sebelum masuk bertanding.
Pemenang sudah terpahat kemas di hatinya. Tiada ruang untuk aku.

Hembusan nafas terhenti , perlahan lahan aku tarik semula.
Semoga aku tidak lemah. tidak jatuh rebah kerana cinta.

Kerana ketika saat itu nanti, aku takut.

Tiada siapa yang sudi meminjam bahu untuk aku bersandar.

Merawat luka sendiri, lebih pedih dari dibunuh.

1 comment: